1. Ketahui Lah Wahai Ayah
bahawa Erna benar-benar menyayangimu....tiada siapa yang dapat mengganti tempat mu...hanya ayah seorang yang Erna ada di muka bumi ini....walaupun pada tahun 2010 telah berlakunya perbalahan antara kita,itu semua adalah dugaan Erna dari Allah sebagai seorang anak...dan itu juga telah menunjukkan bahawa anak perempuan ayah ini boleh membuat keputusan sendiri dan dengan adanya dugaan seperti itu,ia sudah cukup untuk membuatkan Erna berfikiran lebih matang.Perbalahan itu telah membuatkan ayah menangis....dan itulah kali pertama Erna buat ayah menangis...Erna minta maaf...Erna minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki....Erna takut menunaikan permintaan ayah pada masa itu,ini kerana Erna tidak mahu keluarga kita berpecah belah hanya kerna orang yang ketiga...dan hasil daripada perbalahan itulah,Erna dapat keluarkan kereta sendiri,walaupun ianya datang dari duit kedua belah atuk,tapi dengan adanya kereta itu,Erna boleh bayar duit kereta itu tiap-tiap bulan.Dan Erna tahu kereta itu atas nama Erna sendiri,atas nama (SITI SHERRINA SHAMSUL KAMAL)...ianya bukan lah atas nama orang lain....dan andainya Erna tiada lagi di bumi yang nyata ini,sebelum Erna lelapkan mata,akan Erna pesan pada Shah,berilah kereta ini pada ayah dan mama....ianya untuk kesenangan mama dan ayah....Erna taknak hidup mama dan ayah susah seperti sebelum ni....
Ayah,Erna tahu Erna bukanlah anak yang solehah,tetapi setiap pagi bangun dari tidur,Erna akan berdoa supaya Tuhan panjangkan umur kedua orang tua Erna,dan hapuskanlah segala dosa-dosa mereka....dan ketahuilah wahai ayahanda ku,pabila Erna terdengar lagu dari Jamal Abdillah....automatik Erna teringat kat ayah...bahawasanya Erna betul-betul rindukan ayah...Erna nak call ayah,tapi Erna tak tahu nak borakkan apa ngan ayah...dari kecil sampai sekarang,Erna still takut ngan ketegasan ayah.selagi Erna boleh tolong keluarga kita,selagi tu lah Erna akan tolong...Ku Doakan Agar Keluarga Kita Bahagia Sampai Bila-Bila.....Terima Kasih Kerana Menyekolahkan Erna...Terima Kasih Kerana Telah Banyak Bersengkang Tenaga Menjaga Ananda Mu Ini...
2. Ketahui Lah Wahai Mama...
bahawa anandamu ini amat menyayangimu...kasih dan sayang mama akan Erna bawa sampai ke akhir hayat...mama lah heroin Erna...mama lah segalanya bagi Erna...mama adalah seorang insan yang benar-benar penyabar,penyayang,tabah,dan cekal terima cabaran dan dugaan yang datang...mama sanggup menjaga Erna,sengkang mata jaga Erna kat hospital masa Erna kena denggi awal tahun 2010 hari tu...Erna minta maaf kerna menyusahkan mama....tapi terus terang Erna katakan,Erna lebih selesa kalau mama yang jaga Erna daripada orang lain...dari kecil Erna bersama mama,Erna sakit,mama yang jaga,Erna sedih,mama juga yang jaga....Erna ingat lagi masa Erna betul-betul kehilangan Zam (first love),mama lakukan macam-macam supaya Erna senyum,supaya Erna makan....tapi akhirnya Erna sendiri dapat terima keadaan bahawa Erna memang takde jodoh dengan Zam tu...dan Erna bukanlah wanita pilihan dihatinya....walaupun lepas Erna kehilangan Zam,Erna kawan dengan ramai laki,tapi tiada seorang pun yang dapat mengganti tempatnya di hati Erna.Sampailah satu hari Erna dapat pengganti Zam...Erna sayang dia,,,dan Erna tak mahu kehilangan dia sepertimana Erna kehilangan Zam suatu masa dulu...Erna harapkan doa restu dari mama & ayah dalam perhubungan kami berdua...
Mama,terima kasih atas segalanya..pengorbanan seorang ibu pada anaknya amat bermakna...akan ku semat namamu Bonda & Ayahanda didalam hatiku...janganlah kamu menangis kerana kesedihan,kerana tangisan mu itu akan membuatkan ku sedih / merana....tapi menangislah kamu kerana kegembiraan,kerana tangisan kegembiraan mu itu akan membuatkan ku tersenyum...Erna takkan biarkan kamu sedih...cukuplah apa yang Erna dah lakukan selama ni...Erna akan cuba bahagiakan keluarga kita...
"Betul ke kau nak kahwin ni long..???mama rasa macam mama baru je hidup dengan kau...."kata-kata mama pada masa tu cukup membuatkan Erna ingin mengalirkan airmata...tapi Erna menahannya supaya mama pun tak menangis..dalam hatiku berkata,"mama,walaupun Erna dah kahwin,Erna takkan lupakan Mama & Ayah...Erna tetap balik sebulan sekali untuk jenguk mama dan ayah...dan selagi mata Erna ni terbuka,Erna tetap akan jaga adik Ai selagi dia tak mendirikan rumah tangganya..."tapi andainya Erna pergi dulu,akan Erna pesan 'pada'nya supaya jagalah mama dan ayah,pergilah jenguk mereka berdua di Senawang...sayanglah mereka sepertimana 'dia' sayangkan Erna...dan jagalah mereka seperti 'dia' jaga Erna...Betul Kata Orang,Kasih Ibu Membawa Ke Syurga....
3. Ketahui Lah Wahai Adinda Ku...
bahawa Kak Long benar-benar sayangkan kau.Walaupun kau degil + nakal...tapi kenakalan kau tu nanti akan mengubah diri kau dari keanak-anakan kepada seorang insan yang lebih matang pemikirannya...Adik Ai,kau seorang je adik Kak Long...Kak Long tak macam orang lain,orang lain ada akak,ada abang dan ada adik...tapi Kak Long,Kak Long cuma ada kau sorang je...dan kau je la yang akan jadi penganti Kak Long jaga mama dan ayah jika Kak Long tiada satu hari nanti...janganlah kau lupakan jasa-jasa mereka yang telah membesarkan kita..janganlah terlalu memikirkan diri sendiri...mereka tidak pernah mementingkan diri sendiri ,bahkan mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kita anaknya.mereka lah segalanya bagi kita..tanpa mereka,kita tiada di muka bumi ini...dan tanpa kasih dan sayang mereka pada kita,kita tak kan jadi manusia yang sempurna ini...ingatlah wahai adindaku,walaupun kita tak kaya,tapi kita cukup segalanya....kita dapat makan dan minum,dan apa yang kau minta,walaupun mereka kekurangan duit,tapi mereka tetap akan cuba laksanakan demi anaknya yang tercinta....walaupun kita kurang didikan agama,jagalah nama baik keluarga kita....janganlah kau buat mama dan ayah menangis kesedihan,ingatlah kamu bahawa dahulu mereka pernah menangis kegembiraan ketika mulanya kita dilahirkan / bernafas di muka bumi ciptaan Tuhan ini...so akhiri lah hidup mereka juga dengan tangisan kegembiraan...
Adik Ai,Kak Long dah banyak buat mama dan ayah menangis kesedihan..janganlah kau lakukan sepertimana Kak Long lakukan pada mereka sebelum ni...Kau buatlah mereka sentiasa tersenyum dengan tingkah laku dan kejayaan mu....Kak Long tahu satu hari nanti kau pasti akan berjaya...Kau Lah Hero Kak Long Sampai Ke Akhir Hayat....
4. Ketahui Lah Wahai Cinta Ku...
bahawa Ayang benar-benar mencintai Abang...Abang seorang yang dapat menggantikan Zam di hati Ayang...Abang telah mengisi kekosongan di hati Ayang...dan Abang telah membuatkan Ayang tersenyum dan ketawa....Abang mengisi ruang kesunyian Ayang....Ayang harapkan keluarga Abang akan terima Ayang yang serba kekurangan ini...Abang,terus terang Ayang katakan,Ayang seorang insan yang kekurangan didikan agama...Bimbinglah Ayang dengan ajaran-ajaranNya supaya satu hari nanti Ayang boleh menjadi seorang isteri dan anak yang solehah...dan juga kita akan dapat zuriat yang soleh dan solehah...
Abang,terima kasih kerana menerima diri Ayang,terima kasih kerana sabar dengan kerenah,kedegilan, kenakalan Ayang...Kisah silam Ayang yang lalu tidak pernah menjadi penghalang cinta kita...Abang pun tak pernah mengungkit kisah lama Ayang...Terima Kasih Banyak-Banyak....Jika Ayang tiada satu hari nanti,Abang ingatlah Ayang sampai bila-bila,sematkan nama Ayang dihati Abang...carilah pengganti Ayang,supaya dia boleh menggembirakan dan membahagiakan Abang...supaya dia boleh menghilangkan kesunyian di lubuk hatimu.Ingatlah wahai sayangku,bahawa senyuman dan kebahagianmu akan membuatkan ku gembira dan aman di sana nanti...
Abang nak tahu tak,Ayang dah ada nama baby kalau kita dah ada anak nanti...kalau anak kita lelaki,Ayang nak letakkan nama "PUTERA MOHD ERWAN SHAHRADZI" dan kalau anak kita perempuan,Ayang nak letakkan nama dia "PUTERI NUR ERZA SHAHZEERA.."best tak nama anak kita...mesti dia comel cam mama dan papa dia gak kan...Ayang akan sayang dan cintakan Abang sampai lah Ayang menutup mata..Cinta Abang Pada Ayang Tiada Tandingannya....
No comments:
Post a Comment