22 April 2011

confuse.....serba salah....

Errine pun xtau salah Errine ke....padahal Errine rasa Errine dah gtau awal-awal bende ni...
bukannya Errine tak nak bawak,tapi memang Errine tak dapat nak tolong....
kalau Errine bawak pun,Errine bukan dapat buat apa-apa....
bila Errine minta pendapat orang,
orang cam salahkan Errine kata Errine tak gtau awal2 yang Errine nak balik kampung....
padahal Errine dah gtau awal-awal dah....
Errine tau benda tu dah kira tanggungjawab Errine,
tapi takkan la selagi Errine kerja kat sini,
selagi tu la Errine tak boleh balik kampung....
takkan camtu lak kan....
takkan Errine nak sisihkan keluarga semata2 untuk kerja....
camne ni.....

sebenarnya Errine serba salah nak gtau kak iza ke tak....
kalau Errine tak gtau,buatnya masa kat kampung,
k.iza kol Errine,Errine kata Errine tak bawak lap top,
nanti k.iza salahkan Errine....
pastu k.iza mesti marah k.mas napa k.mas tak bawak balik lap top....
Errine taknak la k.mas kena marah sebab Errine....
dan kalau Errine gtau k.iza yang Errine tak dapat bawak lap top balik kampung,
k.iza mesti suruh k.mas bawak balik....
sedangkan k.mas pun nak balik kampung....
then k.mas pulak yang akan salahkan Errine,
sebabnya Errine tak gtau dia awal-awal yang Errine nak balik kampung...
padahal memang Errine dah gtau awal-awal....
Errine dah gtau kat nita ngan k.mas yang Errine nak balik kampung cat rumah...
ermm...maybe diorang lupe kot....

Errine bukannya tak nak bawak balik lap top tu...
Errine bukan nak lari dari kerja dan tanggungjawab Errine...
tapi Errine kena balik kampung sebab nak cat rumah dan ada kenduri...
kalau Errine tak balik,sapa nak hantar mama & family Errine balik kampung...???
kat kampung langsung takde line broadband maxis & celcom...
kalau ada line broadband celcom,Errine sanggup pinjam orangnya broadband...
tapi masalahnya tak ada line....
camne ni.....Errine confuse sangat-sangat....

19 April 2011

direstui keluarga.....

ish lamanya Errine tak m'update blogger Errine ni....
bukan pe....sekarang ni busy sangat...
masa Errine terlalu padat ngan kerja kerja kerja....
nak buat camna...dah tanggungjawab kan....


haaaa..ni Errine nak kongsi cerita ngan kowunk sume....
ari tu Errine dah terus terang ngan family (mama & ayah) yang Errine 
nak ikat tali pertunangan ngan abang....
Alhamdulillah ayah & mama merestui kami berdua....
happy sangat2.....ihikzz....
cam sebelum ni Errine cume mengharap & berdoa yang family Errine merestui hubungan kami....
skunk doa Errine dah pun termakbul.....Alhamdulillah....


so skunk ni kami berdua ngah busy beli barang ckit2 untuk majlis tunang....
ade duit sikit,kami beli sikit2....
takde lah nanti dah dekat,baru kelam kabut nak siapkan semua kan....
beli slow2 xdelah rasa duit banyak terbang....ihikzzz....
hubungan kami pun sekarang makin berbunga2...
waaahhahhahaha....

16 March 2011

kepantangan hidup ku....

Sebelum ni Errine memang pantang :

1. kalau Errine tunggu orang lama2...
kalau seminit dua tu Errine leh ampunkan lagi...
tapi kalau dah lama,memang Errine sakit hati....
rasa membara-bara je hati ni kan....
so kalau rasa diri tu lambat,jangan janji time kul berapa....

2. Errine tak suka orang tipu Errine hidup2....
Errine paling benci orang yang suka menipu Errine....
seolah2 macam Errine ni orang bodoh dia buatkan....

3. and lastly Errine tak suka orang mungkir janji....
kalau rasa diri tu tak boleh nak janji,
jangan taburkan janji2 yang manis pada Errine....
satu hari,Errine akan tuntut janji2 tu....

tapi sekarang,semenjak Errine mulakan pekerjaan Errine yang tetap ni....
Errine dah ada kepantangan baru....
Errine tak suka orang tangguh-tangguhkan buat kerja....
semenjak Errine kerja ni,Errine akan siapkan kerja Errine dulu,
baru lah Errine akan buat kerja lain....
Errine memang tak suka tangguh-tangguh buat kerja,
bagi Errine,orang yang suka tangguh-tangguhkan buat kerja ni adalah orang yang PEMALAS!!!!

sebenarnya adanya entry ni,ada sebab sebenarnya....
Errine nak ceritakan pasal somebody yang Errine rasa makin hari makin tak suka ngan cara dia...
Errine bukan nak minta apa2 penghargaan @ hadiah dari dia sebab Errine dah tolong dia....
Errine tak minta semua tu....
Errine cuma minta tolong jagalah nama baik Errine kat sini....
jagalah tingkah laku sikit....tak susah kan....
ni nak menipu sana sini,datang lambat...
dah la datang lambat,balik nak cepat....
kalau kantoi...nama Errine gak yang naik coz Errine yang bawak kau....
Errine minta tolong buat kerja sikit,kau boleh tangguh-tangguhkan kerja....
alasanya nanti lambat siap....
amboiii..kau nak pergi mana???
datang lambat,balik nak sharp????
dah datang lambat tu,balik la lambat...
tak reti2 ke....
siapkan lah kerja tu dulu,tak payah la nak tangguhkan besok...
kot sok bayak kerja camna???
tak bertambah kerja kau????
issshhh...makin hari makin meluat betul Errine tengok cara dia....
Errine ni yang datang awal,bukak office,boleh tak kalau Errine nak balik awal???
BOLEH TAK??????
fikirlah sikit....pasal kerja pun nak berkira,malas...
pastu dapat bonus,dapat gaji cikit tahu pulak nak bising....
ishhhh...sabar je....
selagi Errine boleh sabar,Errine sabar...
tapi kalau Errine dah hilang sabar,harap maaflah dengan apa yang Errine lepaskan nanti....



15 March 2011

tolong jaga status perempuan yang bertudung....

ni story ari ahad lepas tau...
nak update blog ni tapi internet slow sangat...
camni la,Errine nak bercerita ni...
hari ahad lepas Errine pergi Wangsa Walk ngan muchuk Errine (my luvly boy)...
point pertama pergi sana nak beli elianto je....
perghhh ckitnye jauh Errine beli elianto kan...
heheheh....bukan pe..sebelum ni beli kt ampang,tapi sekarang dah takde...
yang Errine tau kat Wangsa Walk je de....
ish...dah ke elianto lak perginye...
Errine bukan nak cerita ni....
Errine nak cerita pasal someone yang betul2 taktahu malu ngan orang sekeliling....
Ya Allah...kenapa lah dia camtu kan.....???
nak dijadikan cerita,lepas beli elianto tu,Errine pergi makan A&W kat situ tau..
then de la nampak 'sepasang pasangan yang kononnya romantik sangat kan' bercium berpelok kat depan orang ramai....
yang Errine sakit hati perempuan tu perempuan berbaju kurung dan bertudung....
Errine sedar Errine ni tak bertudung,tapi tolong la hormat ckit....
jaga sikit maruah orang yang bertudung tu....
kalau rasa nak buat cium sana cium sini,jangan pakai tudung....
bukak aurat tu....
ishhh..ntah napa rasa sakit hati sangat2.....
mungkin sebab itu lah laki sekarang pandang rendah pada perempuan yang bertudung...
bagi mereka perempuan bertudung ni pakai tudung bukan sebab nak menutup aurat 
tapi hanya nak menutup segala merah2 (love bite) yang ada di leher dan di dada saja....
pada gadis yang bertudung,renung2kanlah dan selamat beramal.....ahakzzz....

10 March 2011

Like p00h.....so cute.....


comey kan ????



ni la dia special present from my luv for my birthday last year...
my cute baby pooh....



ni lak present from my ex boy (Azmi ) for me....
dalam kenangan...


my P00H Collection....

Errine suka sangat ngan bear pooh....bialah orang kata Errine cam budak2 ke kan....
Errine tetap suka....bagi Errine,bila Errine pandang je koleksi2 pooh Errine ni,Errine akan tersenyum dan happy je....sebab pooh tu sendiri pun tersenyum...comey sangat-sangat...

04 March 2011

Kau yang Cukup Indah




Tak Pernah Aku Menjauh Darimu
Meninggalkan Cinta Kita
Tak Pernah Aku Meluka Hatimu
Perasaan Dan Jiwamu
Segalanya Telah Ku Serah
Hanya Engkau Terindah

Hanya Kerna Kau Yang Cukup Indah
Untuk Dimiliki Dan 'Tuk Dicintai
Ku Tahu Kau Mahu Ada Di Hati
Untuk Didampingi Untuk Disayangi

Tiada Yang Lain Selain Dirimu
Kekal Tinggi Di Hatiku 
Cinta Ini Untuk Dirimu

01 March 2011

Janganlah Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.